Bibir
wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang
dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si
pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
Bibir segar dan kemerahan
Wanita
yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi
menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga
kesihatan diri. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai
menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Dia manja dan kehidupannya
yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka
dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa
sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya.
Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan
kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum
lelaki.
Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk
bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini
tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh
dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan
kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan
pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang
yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.
Bibir yang tipis
Tipis
bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya
banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh
disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya
sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai
memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi
kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan
memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini
bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir yang mungil
Wanita
ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki.
Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka
didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung
kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu
bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil
kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan
jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu
yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan
berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
Bibir yang tebal
Wanita
berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Dia juga bersikap
agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan
seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya,
namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya
yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka
sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh
menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula
membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan
orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Banyak wang
yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak
pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak dan bersikap queen-control!
0 comments:
Post a Comment